Home » » PEMUDA DICEKUP KETAGIH CURI COLI ANAK DARA

PEMUDA DICEKUP KETAGIH CURI COLI ANAK DARA

Tanjung Malim: Seorang buruh mempunyai hobi pelik iaitu mencuri pakaian dalam wanita di sekitar daerah ini dan Felda Gunung Besout, dicekup kelmarin.


Dalam kejadian jam 4.50 petang, suspek berusia 30-an dari Lombok, Indonesia, dikatakan melakukan kegiatan berkenaan sejak beberapa bulan lalu sebelum ditangkap anggota polis yang menerima aduan daripada penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, sebaik menerima maklumat, anggota dari cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim bergegas ke tempat kejadian bagi menahan suspek.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan menyerahkan suspek yang dipercayai mencuri pakaian dalam wanita ketika itu.

“Pengadu memberitahu suspek mencuri lima pakaian dalam wanita dari rumahnya. Polis turut menjalankan pemeriksaan lanjut dan suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.
“Suspek dibawa ke IPD Tanjung Malim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut turut menemui barang kes iaitu pakaian dalam wanita.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)(c)Akta Imigresen,” katanya.
BACA LAGI ARTIKAL MENARIK DI BAWAH
Terima kasih telah membaca artikel berjudul PEMUDA DICEKUP KETAGIH CURI COLI ANAK DARA

0 comments:

Post a Comment