
Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan disemak dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki

Mungkin agak mendukacitakan bagi mereka yang telah membuat permohonan tetapi gagal
Menerusi semakan penulis dengan mereka yang berkaitan dalam perkara ini telah menggariskan antara sebab-sebab utama permohonan BR1M tidak diluluskan atau gagal
PENDAPATAN BULANAN MELEBIHI SYARAT LAYAK
Ini adalah punca utama, walaupun pemohon mengisi jumlah pendapatan tidak melebihi syarat kelayakan namun semakan dengan agensi ditetapkan mendapati pendapatan kasar bulanan tersebut melebihi syarat ditetapkan
PERTINDIHAN NAMA PADA TANGGUNGAN
Contoh. Si A mohon Kassim sebagai tanggungan, pada masa sama Si B juga mohon Kassim sebagai tanggungan. Jadi, salah seorang sahaja yang layak
MAKLUMAT TIDAK LENGKAP
Maklumat peribadi yang perlu diisi tidak dilengkapkan dengan sempurna oleh pemohon
Punca-punca lain
Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan
Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap
Maklumat tanggungan tidak lengkap
Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain atau Suami/Isteri telah membuat permohonan lain
Pemohon merupakan pelajar yang mendapat Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan
Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan tidak benar
No. pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Nama pemohon berbeza dengan data JPN
Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang
lain sebagai tanggungan
Permohonan lebih daripada satu kali
Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza
Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data semakan agensi
terlibat
Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau
manual
sumber
0 comments:
Post a Comment