Home » » Comelnya Isteri Hisyam Hamid Yang Berhijab

Comelnya Isteri Hisyam Hamid Yang Berhijab

Baru-baru ini, pelakon yang semakin popular melalui drama Ariana Rose dan Cinta Ibadah, Hisyam Hamid telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan isterinya, Mel tampil berhijab. Menerusi komen-komen yang diberikan oleh peminat di akaun Instagram miliknya rata-rata memuji penampilan isterinya itu.


“Betul, itu adalah penampilan terbaru saya yang mana mula mengenakan hijab semalam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura. Alhamdullilah niat saya ini dipermudahkan oleh Allah”

“Bukan paksaan daripada sesiapa tetapi ia datang dari diri sendiri. Suami sangat gembira melihat perubahan dan penampilan baru saya,” kongsi Mel kepada Media Hiburan dengan rasa penuh bersyukur.


Selain itu, Mel juga memberitahu sebelum mula berhijab dia sudah membuat sedikit persiapan dengan membeli tudung dan juga pakaian yang bersesuaian sejak Disember tahun lalu. Sejuk hati kami melihatnya. Selaku suami, pastinya Hisyam adalah insan yang paling gembira dengan penghijrahan isterinya itu. (rtky/syfq)
BACA LAGI ARTIKAL MENARIK DI BAWAH
Terima kasih telah membaca artikel berjudul Comelnya Isteri Hisyam Hamid Yang Berhijab

0 comments:

Post a Comment