
"Disebabkan Fazura yang terlalu emo, Virus tersingkir. Benda kecil nak heboh 1 dunia tahu dia terasa dengan Zizan. Apa-apa pun Fazura tidak sesuai jadi juri. Cukuplah," kata Juhaida Azilah di laman Instagram pelakon wanita itu.
Kemungkin terkesan dengan comment wanita itu, Fazura membalas comment itu dalam nada sarkastik.
"Betul tu Juhaida Azilah. Maharaja Lawak Mega 2014 sebenarnya terbitan saya. Juri pun saya seorang, yang beri markah pun saya seorang.
"Tiada undian penonton atau peminat. Dalam pertandingan ini juga tiada kumpulan lain yang bertanding. Virus saja.
"Awak memang mempunyai daya intelektual yang sangat tinggi. Jangan bimbang, oleh kerana ini program syok sendiri saya, saya nak bagi awak 10 bintang! Yay.. suka tak??" balas Fazura kepada Juhaida Azilah.
Ekoran dari perang pendapat di antara Fazura dan Juhaida, ramai peminat-peminat tegar Fazura menyelar tindakan Juhaida. Namun, apa yang pasti peminat MLM 2014 tetap kena bayar bil Astro di penghujung bulan.
0 comments:
Post a Comment